top of page

Kerajaan sediakan internet murah, tingkat ekonomi digital rakyat



Kerajaan Perpaduan terus menyediakan pakej internet murah untuk dilanggan oleh rakyat bagi meningkatkan kebolehan mereka dalam bidang digital sama ada ekonomi, pembelajaran atau pengetahuan.


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel di Lembah Pantai petang ini.


"Pada 30 mac lalu di Kedah, khusus di DUN Bakar Arang kita telah melancarkan pakej perpaduan internet jalur lebar. Hari ini kita bersama pihak Time.com khusus di bandar, di Projek Perumahan Awam (PPA) inilah yang kita dambakan, sokongan dari pihak seperti Time untuk merealisasikan matlamat kerajaan untuk menyedikan internet yang mampu kepada rakyat.


"Penting untuk kita tahu bagi yang diusahakan oleh pihak Time, harga asal RM99 tetapi telah dikurangkan kepada RM69. Kelajuannya 100 Mbps. Bagi saya ini pencapaian sangat baik. Saya galakkan warga lembah pantai dan kawasan lain yang PPR turut terlibat menggunakan pakai kemudahan yang disediakan


"Langganlah dan lebih penting manfatkan internet lebih pantas untuk pastikan ekonomi keluarga masing masing dapat ditingkatkan kepada ekonomi digital. Bagi anak anak gunakan sepenuhnya, jangan manfaat internet lebih pantas hanya untuk skroll TikTok, yang penting pastikan kita faham beza antara memanfaatkan internet dan menyalahgunakan internet," katanya.


Mengenai capaian internet di Kuala Lumpur pula, Fahmi berkata kerajaan sedang berusaha secara maksimum untuk mempercepatkan naiktaraf atau mengatasi sebarang masalah berhubung kualiti perkhidmatan.


"Di kawasan KL kadar penembuan jalur lebar sehingga hari ini mencapai 59.1% untuk premis. Tahap purta kelajuan 142.2 Mbps. Bagi saya ini positif. Hampir 60% KL mempunyai perkhidmatan internet jalur lebar.


"Di bawah program Jendela sebanyak 322,266 jalur lebar gentian optik telah disediakan. Di parlimen Lembah Pantai sahaja sebelum Jendela telah disediakan 43,329 sambungan gentian optik dan 29,000 lagi tersedia setelah jendela," katanya.


Manakala mengenai perkhidmatan telefon mudah alih yang terganggu pula, katanya, kerajaan akan berusaha untuk semua syarikat pengedali menggunakan perkongsian rangkaian


"Ini akan diperbaiki dlaam bulan Jun untuk semuanya dalam network sharing.


"Bermula Jun, syarikat telekomunikasi akan mengurangkan masalah network untuk diselesai secara terangkum," katanya.


Beliau juga mengumumkan di Kuala Lumpur liputan 5G telah mencapai 97% kawasan berpenduduk, berbanding seluruh negara hanya 54.7% dan kerajaan sedang giat berusaha untuk mempertingkatkannya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page