top of page

Kerajaan sedang baikpulih kerosakan akibat banjir musim tengkujuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 18, 2024
  • 1 min read


Kerajaan sedang membaiki kerosakan termasuk infrastruktur yang musnah akibat bencana banjir musim tengkujuh baru-baru ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, kerja-kerja pembaikan dilaksana agensi kerajaan antaranya dibawah Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Pemulihan (kerosakan akibat banjir) sedang dilakukan dengan segera bergantung kepada agensi berkenaan.


"Pembaikan rumah dan bantuan kepada mangsa banjir pula telah diagihkan oleh Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) kepada jawatankuasa banjir negeri dan daerah," katanya di majis Santuan Kasih Ramadan bersama warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada Ahad.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut menegaskan bantuan banjir musim tengkujuh pada tahun ini perlu diagihkan secara serata kepada semua mangsa yang layak.


Kerajaan jelasnya tidak lagi mahu berlaku mangsa banjir yang layak keciciran kerana tidak disenaraikan oleh sesetengah jawatankuasa negeri dan daerah.


"Ada yang sepatutnya menerima tidak disenaraikan mungkin warna politiknya berbeza dan ini perlu dielakkan," tegasnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page