top of page

Kerajaan sasar cetak 500,000 naskah Al-Quran sebelum akhir tahun



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyasarkan sebanyak 500,000 naskah al-Quran akan dicetak melalui Yayasan Restu menjelang hujung tahun ini.


Menurut Mohd Na'im, ia adalah fasa pertama inisiatif yang dilaksanakan susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lepas bahawa Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan di seluruh dunia.


"Percetakan dan pengedaran al-Quran akan dibuat dalam dua fasa yang menyasarkan 500,000 naskhah untuk setiap fasa.


"Untuk fasa pertama (sehingga hujung tahun ini), penerbitan dan percetakan yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Restu terdiri daripada al-Quran al-Karim dan Terjemahan dalam bahasa Swedish, Inggeris, Sepanyol Latin, Cina atau Mandarin, Khmer, Perancis, Tamil, Tagalog dan Hindi.


"Baki 500,000 pula dijangka akan selesai diterbitkan dalam fasa kedua bermula tahun depan," katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan (Flag Off) Kontena 'Kempen Infak dan Wakaf Satu Juta Al-Quran', di Putrajaya pada Jumaat.


Perdana Menteri mengumumkan cetakan sejuta naskah al-Quran itu sebagai tindakan terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden.


Sementara itu jelas Mohd Na'im, Yayasan Restu memerlukan peruntukan sebanyak RM38 juta bagi mencetak dan menerbitkan satu juta naskah al-Quran.


Sehubungan itu, Mohd Na'im berkata, Yayasan Restu, yang terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif melancarkan tabung Wakaf Qurani bagi mengumpulkan dana tersebut.


"Anggaran kos bagi setiap al-Quran yang akan diterbitkan adalah sebanyak RM30 senaskhah, manakala kos penghantaran dan pengedaran adalah sebanyak RM8 senaskhah," katanya menambah sebanyak 300,000 naskah al-Quran akan dihantar ke negara seperti India dan Australia, bulan depan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page