top of page

Kerajaan sasar 55 projek tebatan banjir siap menjelang 2030

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 3
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI mensasarkan 55 projek tebatan banjir baharu dapat disiapkan menjelang 2030, berbanding hanya 17 projek yang telah siap setakat tahun lalu.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) berkata, sasaran itu merupakan antara lima agenda utama di bawah pengukuhan mitigasi dan adaptasi banjir dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).


"Pembinaan empat kolam takungan dwifungsi serta pembangunan 12 lembangan sungai bersepadu baharu akan dimulakan dalam tempoh RMK13.


"Sasaran lain adalah untuk melindungi tambahan 846,000 penduduk daripada bencana banjir kepada satu juta orang berbanding 154,000 sebelum ini dan juga melindungi kawasan seluas 1,400 kilometer persegi dalam tempoh terbabit," kata dipetik di Dewan Negara semalam.


Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menangani bencana banjir termasuk melalui pendekatan berasaskan struktur dan bukan struktur.


Bagaimanapun katanya, kerencaman pembangunan infrastruktur banjir yang menelan kos tinggi serta kelemahan dari segi adaptasi dan tadbir urus tidak bersepadu masih menjadi cabaran utama.


"Kementerian sentiasa berdepan cabaran dalam melaksanakan projek sektor air, antaranya isu pengambilan tanah persendirian di sepanjang jajaran sungai yang memerlukan kerjasama rapat kerajaan negeri. Kerja pengalihan utiliti juga sering menjadi kekangan kepada kelancaran projek," jelasnya.


Bagi mengatasi perkara itu, PETRA telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu operasi serta pelaksanaan di tapak.


Menurut Fadillah, semua pelaksanaan strategi akan dipantau secara telus dan sistematik agar manfaatnya dapat dirasai sepenuhnya oleh rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page