top of page

Kerajaan Sarawak perlu permudah geran tapak tanah Inisiatif Usahawan Tani



Inisiatif Pendapatan Rakyat yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi untuk golongan B40 menambahkan pendapatan melalui Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) merupakan satu peluang yang perlu direbut oleh mana mana individu yang layak.


Bagaimanapun, menurut Senator Abun Sui Anyit, oleh kerana pelaksanaan program tersebut melibatkan tanah pertanian maka Kerajaan Negeri perlu meluluskan kawasan tapak program sebelum penanaman boleh dilakukan.


Khususnya di Sarawak, kata Ketua Biro Tanah Adat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN SARAWAK itu, penduduk miskin yang ternanti nanti untuk mendapat peluang bertani dengan benih dan baja disediakan oleh Kerajaan pusat amat perlu segera dibantu.


"Tanah merupakan asas kepada kejayaan mengikuti program INTAN ini.


"Memandangkan tanah dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri, saya berharap Kerajaan Sarawak melakukan pemudahcara agar penduduk rumah panjang di pedalaman tidak berputih mata melihat sahaja program yang baik ini kerana kekangan tiada geran tanah adat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Abun Sui, sekiranya skim bantuan INTAN berkenaan melibatkan geran tanah maka Kerajaan Negeri perlu mencari jalan memudahkan pengurniaan geran.


Caranya, kata Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu, adalah dengan mengiktiraf kedudukan geran berkelompok bagi penduduk rumah panjang supaya mereka boleh memohon bantuan kerajaan.


"Kita mencadangkan agar tanah adat milik penduduk rumah panjang diiktiraf oleh Kerajaan Sarawak dengan pemberian dokumen khas atau kaedah khas yang difikirkan sesuai," ujarnya.


Menurut Abun Sui, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak amat perlu dalam hal terbabit memandangkan Sarawak mempunyai penduduk miskin tegar tertinggi di Malaysia.


"Kerajaan Sarawak dan Persekutuan diharap mempunyai tekad politik menjayakan program INTAN ini ke arah menghapuskan miskin tegar tahun ini, seperti mana yang disasarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page