top of page

Kerajaan salur hampir RM1 bilion Wang Ihsan kepada Kelantan, Terengganu



Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan hampir RM1 bilion Wang Ihsan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu tahun lepas, menurut Kementerian Kewangan (MOF).


Dalam kenyataan, kementerian itu berkata jumlah tersebut meliputi RM786 juta untuk Terengganu dan RM200 juta untuk Kelantan bagi hasil petroleum di luar pantai kedua-dua negeri itu.


Selain itu, kementerian itu berkata Kerajaan Persekutuan juga membayar Wang Ehsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan negeri Terengganu dan RM58.6 juta kepada kerajaan Kelantan.


Pembayaran itu bagi membiayai komitmen emolumen Kerajaan Negeri, di samping bayaran RM103.1 juta untuk obligasi kerajaan Terengganu kepada kontraktornya.


Sementara itu, kenyataan itu menegaskan kerajaan Madani sentiasa bersikap adil dan saksama dalam hal pemberian kepada semua Kerajaan Negeri, yang disalurkan secara serentak setiap bulan.


"Kerajaan Madani komited memastikan Wang Ehsan dikhususkan untuk manfaat kedua-dua negeri itu.


"Keutamaannya kepada perbelanjaan yang benar-benar membantu rakyat Terengganu dan Kelantan," kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau turut menegaskan Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka kepada perbincangan serta cadangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan berhubung penggunaan Wang Ihsan supaya dapat dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat Terengganu dan Kelantan.


Sebagai rekod, Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa Kerajaan Negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika.


Susulan itu Kerajaan Negeri tidak layak menerima hasil petroleum kerana kedudukan medan pengeluaran terletak lebih tiga batu nautika di luar pantai negeri berkenaan.


Kerajaan Persekutuan bagaimanapun membayar Wang Ihsan kepada Kelantan dan Terengganu, sambil menyatakan ia tidak diwajibkan di sisi undang-undang untuk berbuat demikian

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page