top of page

Kerajaan reform Selangor sediakan 43 Program Iltizam Selangor Penyayang



Pengorbanan rakyat Selangor mengundi Pakatan Harapan (PH) sejak hampir 15 tahun lalu terubat sudah dengan pelbagai program bantuan kepada rakyat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.


Menurut Menteri Mesar Selangor, Datuki Seri Amirudin Shari, skim bantuan terbaharu yang dilancarkan Kerajaan Negeri ketika ini ialah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang mempunyai 43 program menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diilhamkan Menteri Besar sebelumnya.


Menurut Amirudin, program bantuan yang bertahan lebih sedekad itu menutup mulut pengkritik awal seperti Umno dan BN yang menganggap perbuatan tersebut akan memufliskan negeri.


"Selepas hampir 15 tahun perintah negeri Selangor bukan sahaja rizab kekal tinggi RM3 bilion malah kita tambah program (bantuan) daripada 6 (pada 2008) kepada hari ini 43 program," katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Rakyat, malam tadi.


Kata Amirudin, projek perumahan rakyat yang dibina oleh Kerajaan Negeri juga telah membuahkan hasil membanggakan dengan ratusan ribu rumah Selangorku diluluskan pembinaannya.


Terbaharu, katanya, rumah Selangorku yang lebih selesa sebanyak lebih 2000 unit telah disiapkan pada tahun ini.


Begitu juga keluasannya, kata beliau, telah ditambah daripada 500 kaki kepada 1,000 kaki persegi untuk keselesaan.


Bagi bantuan pendidikan pula, kata MB, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tersendiri kepada sekolah aliran Melayu, Tamil dan sekolah Cina.


"Untuk Sekolah Tamil kita sediakan RM4 juta, untuk sekolah agama dekat RM9 juta, Sekolah Kebangsaan yang bukan tanggungjawab kerajaan kita sediakan RM1 juta, kerana Kerajaan Persekutuan gagal dan tidak stabil sebab ditubuhkan secara tidak mendapat mandat dan sokongan rakyat," katanya.


Amirudin turut membidas pengkritik kerajaan 22 bulan PH di peringkat Persekutuan. Katanya, pengalaman di Selangor dalam tempoh tersebut juga tidak banyak kejayaan yang boleh dihitung.


Cuma, katanya Pakatan Rakyat ketika itu bertuah kerana tiada pengkhianat dan kerajaan PR mampu membuktikan kemampuannya.


"Ada yang kata 22 bulan PH gagal. 22 buan bukan masa adil untuk dinilai. Pengalaman kita pada 2008, 22 bulan memeritkan, pelbagai isu dihempuk ke Kerajaan Negeri masa itu.


"Tetapi kerana tak ada pengkhianat kita terus tadbir. Walau sebahagian punca Sheraton Move bermula di Selangor tetapi pimpinan PH buktikan 90% tahu mandat mereka.


"Oleh itu, Umno kata mereka bawa kestabilan tetapi di Selangor mereka tidak mampu berhujah seperti itu," katanya lagi.


Amirudin yakin, pada pilihan raya umum ke 15 PH mempunyai kekuatan yang baik setelah memiliki 90 kawasan yang dipertahankan, dan hanya memerlukan tambahan sekitar 25 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page