top of page

Kerajaan rangka program besar untuk ringan beban hidup rakyat



Kerajaan Persekutuan sedang merangka beberapa program besar untuk dilaksana supaya usaha mengurangkan tekanan hidup rakyat dapat dijayakan.


Menurut Perdana Menteri, program besar itu akan dibentangkan dalam Belanjawan MADANI kedua yang dijangka pada Oktober nanti katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sahabat Usahawan MADANI Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Terengganu di Kuala Nerus di Terengganu pada Rabu.


Mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata melalui program tersebut kerajaan berhasrat agar Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memainkan peranan mengangkat martabat rakyat yang miskin.


"Kalau ditanya mengapa? Saya berkata saban minggu bicara soal kemiskinan. Sebabnya kita orang Islam tahu tanggungjawab kita...orang yang memakan harta anak yatim dan tidak memelihara kepentingan orang miskin itu disebut dalam al-Quran, (sebagai) orang yang mendustakan agama.


"Ini soal yang berat jadi kalau saya sekarang ini ada amanah sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh pandang ringan," katanya.

Dalam ucapannya, Anwar mengulangi tekad untuk memperjuangkan nasib rakyat miskin.


Beliau yakin melalui langkah itu martabat rakyat boleh diangkat dengan syarat negara dipimpin oleh golongan yang prihatin dan mempunyai tekad membantu rakyat miskin.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page