top of page

Kerajaan rangka inisiatif bantu pengamal media depani cabaran AI, ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read

Pelbagai inisiatif sedang dirangka kerajaan bagi membantu pengamal media mendepani cabaran semasa termasuk ancaman teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ketidaktentuan ekonomi.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menerusi ucapan pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Kuala Lumpur berkata, kerajaan mengambil maklum kebimbangan petugas media berhubung pekerjaan serta masa masa depan mereka.


"Tahun ini kita menyambut Hari Wartawan dalam satu suasana dengan ramai yang mungkin risau tentang pekerjaan mereka, tentang masa depan mereka akibat daripada AI dan isu-isu ekonomi.


"Tetapi insyaAllah, di pihak kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi, ada beberapa perkara yang sedang diikhtiarkan untuk membantu rakan-rakan dalam bidang media," katanya dipetik.


Hari Wartawan Nasional yang disambut setiap 29 Mei bertujuan meraikan sumbangan dan jasa pengamal media serta wartawan veteran dalam pembangunan negara dan bangsa.


Mengangkat tema "Media Berintegriti, Teras Kredibiliti”, kemuncak sambutan HAWANA 2026 akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth di Pulau Pinang pada 20 Jun ini dan dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sementara itu Fahmi dalam ucapan sama berkata, kewujudan media bebas dan beretika adalah tunjang utama kepada sistem demokrasi negara.


"Media yang bebas, media beretika sangat penting, bukan hanya untuk demokrasi negara kita, tetapi masa depan Malaysia," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page