top of page

Kerajaan rangka dasar pendidikan sekurangnya Tingkatan Lima



Satu dasar baharu yang mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan Lima sedang dirangka kerajaan.


Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan dasar yag mahu dirangka itu bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang cukup.


"Ini adalah satu rancangan yang kita rasa memang kita perlu lakukan sebab kita mesti memastikan anak-anak murid mendapatkan pembelajaran yang cukup.


"Sekarang kita memang menghadapi masalah keciciran, jadi ini bukan hanya cakap semata-mata tetapi memang banyak rancangan yang kita perlu buat.


"Jadi dalam beberapa tahun ini kita perlu memastikan ia dijalankan," katanya.


Ahli Parlimen Tanjung itu sebelumnya ditemui pemberita selepas menyertai sesi jelajah kementerian ke DUN Kinrara di sini, yang turut dihadiri ADUN Kinrara, Ng Sze Han.


Sementara itu jelasnya, dalam usaha memastikan hasrat itu boleh dilaksana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu meminda Akta Pendidikan 1996 yang menyatakan tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Januari lalu menegaskan kementerian akan terus memastikan hak kesaksamaan pendidikan dapat dipenuhi untuk semua anak-anak di negara ini termasuk memastikan semua pelajar dapat menghabiskan peringkat persekolahan mereka.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page