top of page

Kerajaan Pulau Pinang kumpul dana RM2 juta beli 1,500 laptop untuk pelajar


Kerajaan Pulau Pinang berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM2 juta yang digunakan untuk membeli 1,500 laptop untuk pelajar bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang turut bersama-sama dengan kerajaan negeri mencari dana tersebut.


"Dana ini untuk membeli 1,500 buah laptop berkualiti tinggi utk kegunaan para pelajar susulan perintah kawasan pergerakan (PKP 3.0) yang mendesak para pelajar mengikuti pelajaran secara PdPR.


"Kami terpaksa memerah otak untuk merintis jalan membantu anak-anak kita ekoran kegagalan kerajaan pusat menunaikan janji mereka untuk memberikan laptop kepada para pelajar.


"Berkat usaha bersama, 1,500 buah laptop berkualiti tinggi yang bernilai RM2,000,000 telah disumbangkan oleh pelbagai pihak," katanya.

Katanya, 1500 laptop telah sampai dan diperiksa sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum diserahkan kepada para pelajar.


"Namun kehadiran 1,500 buah laptop ini masih belum dapat memenuhi keperluan dan permintaan yang tinggi daripada para pelajar.


"Oleh hal yang demikian, saya akan melipatgandakan usaha untuk mendapatkan lebih banyak laptop demi masa depan golongan pelajar yang merupakan harapan negara," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page