top of page

Kerajaan PN rapuh, bertahan majoriti 1 kerusi


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan rapuh dan boleh tumbang pada bila-bila masa kerana hanya bertahan dengan kelebihan 1 kerusi di Dewan Rakyat. Bagi Ahli parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berpalingnya Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat pada 18 Mei lalu yang mengisytiharkan menyokong Pembangkang sebaik sahaja selesai sesi Parlimen menguatkan lagi dakwaan kerajaan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin tidak akan bertahan lama. Menurut Shamsul, ketika beliau menjadi salah seorang wakil Pakatan Harapan (PH) berbincang urusan tempat duduk di Dewan rakyat baru-baru ini, Speaker memberitahu bahawa kerajaan Muhyididn mendapat sokongan 113 anggota Kerajaan, 2 Bebas dan 107 Pembangkang. Dengan berundurnya Masir maka kerajaan PN tinggal 112 kerusi dan 'cukup syarat' semata-mata. "PN berhadapan satu lagi tamparan apabila Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir membuat pengumuman beliau bukan sebahagian anggota yang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. "Justeru dengan pengumuman MP Sri Aman itu kerajaan Muhyiddin tinggal 112 anggota. Saya tekankan betapa rapuhnya kerajaan ini dan mengukuhkan lagi keyakinan kita bahawa kerajaan PN membuat keputusan untuk tidak meneruskan sidang parlimen seperti biasa, ianya bukan alasan Covid 19 tetapi alasan politik. "Kita lihat PN mempolitikkan wabak Covid. Kita yakin (penyokong PN) tidak menyokong dengan sepenuh hati kerajaan Muhyiddin. Sebab itulah mereka tidak mahu mengambil risiko dan memendekkan sidang hanya kepada titah Yang Dipertuan Agong semata-mata," katanya kepada Suara Keadilan. Oleh itu, Shamsul menyeru rakyat menuntut dikembalikan kerajaan PH sebagaimana mandat yang diberi pada Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018 lalu. "Saya mengajak rakyat yang prihatin terhadap politik negara, terutama kakitangan kerajaan pusat mahupun negeri, kita minta mereka fikirkan. "InshaAllah kita (PH) sedang berusaha untuk mengambilalih semula kerajaan yang dipilih rakyat dalam PRU yang lalu, iaitu kerajaan PH," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page