top of page

Kerajaan PN - PH setuju tandatangan memorandum persefahaman hari ini



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik pada petang ini, di Parlimen.


Menurut satu kerajaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, memorandum tersebut merupakan usaha untuk memulihkan kembali ekonomi dan menangani wabak Covid 19 secara dwi-partisan.


"Setelah mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil-wakil pihak Kerajaan dan PH telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.


"Semua pihak telah bersetuju bahawa memorandum persefahaman ini adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi melalui pedekatan kerjasama secara “dwi-partisan“.


"Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tata kelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi

Parlimen," kata kenyataan itu.


Selain itu, menurut kenyataan tersebut, kedua-dua belah pihak juga bersetuju isi kandungan memorandum berkenaan didedahkan kepada umum untuk ketelusan dan kebertanggungjawaban.


"Sesuai dengan semangat ini dan komitmen untuk menterjemahkannya, maka kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani persefahaman pada 13 September 2021, jam 5 petang bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua Parti PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau," ujar kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page