top of page

Kerajaan PN perlu wujudkan Dasar Jaminan Pekerjaan



Gelombang ketiga pandemik Covid 19 meruntuhkan ekonomi Malaysia.


Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Chan Chun Kuang (gambar), kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajib merangka satu pelan pemulihan ekonomi untuk mengelakkan negara dihimpit kemelesetan lebih teruk.


Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Statistik Negara, pengangguran telah meningkat kepada 4.7% pada Ogos 2020 berbanding 3.3% pada Ogos 2019.


Peningkatan tersebut, katanya, amat merisaukan kerana lebih banyak individu dan keluarga akan menghadapi krisis kewangan sekiranya kadar pengangguran terus meningkat.


"Pada Ogos 2020, bilangan rakyat yang menganggur meningkat sebanyak 42.6% iaitu bersamaan dengan 221,400 penganggur jika dibandingkan dengan bilangan penganggur pada Ogos 2019. Ia bermaksud sebanyak 741,600 rakyat menganggur dan saya yakin mereka yang menganggur ini jauh lebih tinggi daripada data yang ditunjukkan.


"Apa yang berlaku terhadap mereka yang telah menganggur dan hilang punca pendapatan ini?


"Kami menyaksikan beberapa kejadian rakyat yang hilang pekerjaan memilih untuk menamatkan nyawa mereka setelah menghadapi tekanan ekonomi dan sosial.


"Kami juga menyaksikan banyak perniagaan terpaksa menamatkan perniagaan mereka kerana tiada keuntungan, di mana ia menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Malahan, beberapa hari lepas Persekutuan Majikan Malaysia juga mengaku bahawa majikan menghadapi cabaran besar dalam meneruskan perniagaan, mengekalkan pekerja dan mengupah pekerja baru," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Chan lagi, berdasarkan situasi sukar itu kerajaan PN harus melaksanakan segera dasar jaminan pekerjaan bagi mengelakkan defisit keyakinan ekonomi rakyat yang semakin memburuk, sekali gus mengurangkan daya beli mereka dan merosakkan putaran ekonomi keseluruhan.


"Saya mencadangkan agar Kerajaan PN dapat memberi pertimbangan untuk perlaksanaan Dasar Jaminan Pekerjaan kepada penganggur-penganggur dengan menawarkan kerja sementara atau berdasarkan gaji jam bekerja bagi menjalankan kerja-kerja di sektor awam, badan berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan badan bukan bersifat keuntungan.


"Jaminan pekerjaan sekurang-kurangnya dapat memastikan penganggur-penganggur mempunyai pendapatan minima bagi meneruskan kehidupan mereka. Penyokong kepada dasar ini seperti Bernie Sander dan Kirsten Gillibrand berpendapat ia merupakan pendekatan yang paling berkesan dan stabil untuk memulihkan ekonomi negara terutamanya situasi pandemik Covid-19 yang semakin tidak terkawal," katanya lagi.


Justeru, Chan menekankan agar Kerajaan PN mengumumkan langkah-langkah drastik untuk menyelamatkan ekonomi dan sosial negara dalam Belanjawan 2021 dengan melaksanakan Dasar Jaminan Pekerjaan untuk mereka yang menganggur.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page