top of page

Kerajaan PN perlu tumpu kemudahan internet di Perlis



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizam Abdul Jalil menggesa Kerajaan Persekutuan lebih menumpukan memperbaiki kemudahan internet di Perlis.


Katanya, meski pun Perlis negeri Perikatan Nasional namun akses internet masih lemah dah tidak stabil.


Ketidakstabilan gelombang internet, katanya, menyukarkan pekerjaan dan pembelajaran sebagaimana diluahkan oleh rakyat di kawasan beliau.


"Keluhan #anakPerlis di facebook saya tentang tahap kestabilan rangkaian internet di negeri #Perlis ini yang mengecewakan.


"Ianya perlu diberi perhatian dan wajar ditangani segera oleh syarikat-syarikat telco tempatan. Tahap kualiti capaian internet dan perkhidmatannya mestilah setanding dengan harga yang perlu dibayar oleh pengguna.


"Kepentingan untuk penambahbaikannya sejajar dengan dasar kerajaan seperti Hala Tuju Strategik ICT Kebangsaan (2012-2020), inisiatif Digital Malaysia, Digital Lifestyle Malaysia dan Industry 4WRD 2018-2025 demi menghasilkan sumbangan positif kepada ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai landasan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan daya saing negara di persada dunia," kata Asrul.


Sehubungan itu, beliau mahu isu sambungan dan kestabilan gelombang internet diperbaiki agar kemajuan boleh dinikmati oleh rakyat tidak mengira di mana mereka berada.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page