Kerajaan PN perlu segera gazetkan Undi 18 jika tidak anti anak muda - KEADILAN Sarawak



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching kelmarin, dalam kes 5 orang anak muda memperjuangkan hak mengundi mereka dalam umur 18 - 20 tahun dialu-alukan KEADILAN Sarawak.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, perintah mahkamah supaya Kerajaan menguatkuasakan Undi 18 mulai pada 31 Disember 2021 adalah kemenangan kepada anak muda Sarawak khususnya dan Malaysia secara amnya.


Sehubungan itu, katanya, Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak berpandangan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional 2.0 tidak anti anak muda maka pelaksanaan Undi 18 mestilah dilaksanakan segera tanpa menunggu tarikh 31 Disember berkenaan.


"Kita mengalu-alukan keputusan mahkamah ini tetapi kita menggesa Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Undi 18 dengan segera atau membenarkan usul berkaitan di dalam persidangan Parlimen yang bermula pada 13 September, 2021 ini. Jika ini dilakukan, barulah anak-anak muda Sarawak yang berumur 18-20 tahun dapat mengundi di dalam Pilihan Raya Negeri ke 12 dijangka selepas 2 Februari 2022.


"Jika Kerajaan serius menghormati hak anak muda, Undi 18 ini perlulah digazetkan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang. Ini kerana Parlimen semasa era Kerajaan Pakatan Harapan telah pun meluluskan Undi 18 berkuatkuasa Julai 2021 sebelum ditunda oleh Kerajaan PN ke September 2022," katanya.


Menurut Abun lagi, kerajaan Persekutuan seharusnya menghormati hasrat anak muda di seluruh negara dan jangan mengemukakan rayuan ke atas keputusan berkenaan, yang akan memberi alasan melambatkan lagi pelaksanaan Undi 18 untuk beberapa tahun akan datang.


"Justeru, KEADILAN Sarawak menyeru agar Kerajaan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi ini, tetapi lebih baik menyegerakan Undi 18 sebelum 31 Disember," katanya.


Sebelum itu, KEADILAN Sarawak mengucapkan tahniah di atas kemenangan anak muda dalam kes semakan kehakiman tersebut yang menunjukkan kepada kerajaan, dari rakyat sehingga institusi kehakiman menyokong Undi 18, hanya kerajaan yang takutkan anak-anak muda sahaja menolak pelaksanaannya.


"KEADILAN Sarawak mengucapkan tahniah kepada mereka di atas keputusan yang memihak mereka yang mewakili jutaan anak muda dalam lingkungan 18 tahun yang sepatutnya layak mengundi sejak Julai 2021 dan bakal menjadi pemimpin masa depan.


"Anak muda berjaya apabila Mahkamah membatalkan (quash) keputusan Kerajaan Persekutuan PN yang telah mengubah tarikh kuatkuasa Undi 18 dari Julai 2021 kepada September 2022," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER