top of page

Kerajaan PN perlu dasar baharu bela sistem pendidikan


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlukan kebijaksanaan atau dasar baharu dalam mengemudi pendidikan negara yang tenggelam timbul dibadai pandemik Covid 19.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang caca marba serta tekanan kepada guru untuk mengajar secara atas talian dan kelas konvensional perlu dikaji agar tidak terus menekan guru.


"Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik. Selain krisis kesihatan dan ekonomi hari ini, kita juga dihadapkan dengan isu pendidikan yang mengesankan anak bangsa.


"Kita tuntut kebijakan baharu dari pemerintah agar para guru dan sistem pendidikan kita dapat dibela, dan juga disesuaikan dengan suasana pandemik," katanya dalam ciapan sempena Hari Guru di Twitter.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page