Kerajaan Perikatan Nasional perlu lebih kreatif melaksanakan program suntikan vaksin dalam keadaan genting seperti sekarang dengan peningkatan jangkitan harian Covid mencecah 9,000 kes.
Ketua AMANAH Bandar Tun Razak, Ir. Hayatul Kamil berkata, kaedah yang digunakan ketika ini di mana calon penerima vaksin perlu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kurang efektif dan menghabiskan banyak masa.
Justeru, beliau mencadangkan Malaysia mempraktik kaedah yang digunakan di negara maju seperti konsep pandu lalu (foto kredit: The Japanese Times) atau pihak berkuasa berkunjung rumah ke rumah, terutama di kawasan pendalaman.
"Negara lain telah melakukannya. Amerika Syarikat melaksanakan vaknisasi pandu lalu yang mampu memberi 10 ribu suntikan sehari untuk satu daerah komuniti, Rusia menggerakkan pasukan keselamatan mendatangi rumah ke rumah untuk suntikan vaksin.
"Di United Kingdom pula mereka menggerakkan ‘mobile team’ menggunakan bas ke lokasi awam untuk melaksana program suntikan vaksin dan banyak lagi usaha agresif seumpamanya.
"Tidak kira apa nama program, ‘mobile team’, vaksinasi pandu lalu atau mobilisasi pasukan keselamatan, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang agresif. Sekiranya masih kekal dengan pendekatan asal, usaha membendung Covid-19 akan gagal kerana penularan sudah exponensial (berganda)," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, menurut Hayatul, tidak boleh diharapkan untuk mencari vaksin sendiri, kerajaan perlu membantu mereka dalam apa jua cara.
Bagi beliau, selagi kerajaan tidak laksanakan program vaksinasi yang lebih agresif, keselamatan rakyat akan terus terancam.
"Lebih ramai akan maut bukan kerana jangkitan Covid-19 tetapi kerana kegagalan melaksanakan pendekatan agresif pemberian vaksin. Hal ini tidak boleh diterima," katanya lagi.
Comentarios