top of page

Kerajaan PN perlu bentang pembaharuan ekonomi jangka panjang



Kerajaan Perikatan Nasional dinasihatkan tidak terlalu menggunakan langkah rangsangan agresif dalam menghadapi pengecutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 17.1% pada suku ke-2 tahun ini seperti diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).


Menurut Pengurus penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Lau Zheng Zhou, pelan pembaharuan ekonomi jangka panjang perlu diperkenalkan bagi menguatkan kembali ekonomi negara.


“Walaupun kita faham bahawa pengecutan besar KDNK suku ke-2 2020 itu boleh mencetuskan panik, namun ia juga merupakan peluang untuk merangka semula hala tuju dasar kerajaan ke arah memajukan ekonomi yang lebih kompetitif dan inklusif pada masa akan datang


“Kita perlu melakukan pembaharuan strategik bagi menangani masalah kelemahan struktur yang dihadapi oleh industri, terutama IKS dan bagaimana untuk membantu mereka pulih dengan lebih baik dalam jangka panjang,” katanya dipetik.


Dalam kenyataannya, beliau juga berkata, kerajaan perlu menggalakkan kolaborasi lebih rapat antara IKS dengan universiti penyelidikan berhubung inovasi produk dan proses serta bidang berkaitan industri lain.


Pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua yang diumumkan baru-baru ini merupakan paras terendah sejak krisis kewangan pada 1998, menurut Jabatan Perangkaan.


Sejumlah 735 industri mencatatkan pertumbuhan negatif berbanding 381 pada suku pertama, dengan nilai tambah sebanyak 68.5% (RM176.1 bilion).


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page