Kerajaan PN patut tolak cadangan pengambil alihan pembangunan semula LTSAAS


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta bersikap lebih rasional dan menolak cadangan pengambialihan pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) yang dikemukakan oleh Tan Sri Desmond Lim Siew Choon dan WCT Holdings Berhad (WCT).


Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN untuk Pengangkutan, Syed Ibrahim Syed Noh, hal itu dikira bersesuaian dengan saranan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang menguruskan LTSAAS dan Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Berhad yang menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap pengambilalihan berkenaan.


Katanya lagi, Kesatuan Sekerja MAHB (KESMA) juga mendesak kerajaan PN agar menolak cadangan itu dan jika diteruskan mereka akan melaksanakan protes secara aman.


"Sebagai Jurucakap Parlimen KEADILAN untuk Pengangkutan, saya amat bimbang dengan perkembangan ini. Meskipun terdapat bantahan jelas daripada pemegang taruh utama, mengapakah kerajaan PN masih menimbangkan cadangan WCT?


"Terdapat banyak lagi persoalan yang perlu dijawab. Apakah ciri-ciri penting terma kepada cadangan pengambilalihan dan mengapakah tiada proses tender terbuka? Kerajaan juga perlu bersikap telus berkenaan skop dan terma cadangan konsesi. Apa akan berlaku kepada status undang-undang MAHB dan kepentingan di LTSAAS?


"Mengambil maklum MAHB bukan sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia tetapi juga sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan di mana 60 peratus sahamnya dimiliki secara kolektif oleh Khazanah, KWSP, Permodalan Nasional dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan maka agak aneh apabila Menteri melayan cadangan oleh Desmond Lim dan tidak berpihak kepada MAHB. Apakah Desmond Lim mempunyai kuasa pengaruh yang istimewa ke atas Menteri?" tanya beliau dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu, konsep penganuegrahan projek secara kabur sebagaimana amalan pemerintahan BN sepatutnya tidak berulang lagi menaikkan suhu kemarahan rakyat.


Katanya, setiap pelan pembangunan harus memilikki ketelusan dan menjelaskan apakah keuntungannya kepada kerajaan serta rakyat secera keseluruhannya.


"Lebih penting, Menteri wajib menjawab pada peringkat dasar bagaimanakah cadangan pengambil alihan ini membawa manfaat kepada Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030?


"Oleh itu, saya menggesa kerajaan menolak cadangan tersebut dan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengawal pandemik Covid 19. Penggantungan Parlimen tidak sewajarnya digunakan untuk mengambil kesempatan mengejar tawaran urusniaga yang kabur dan kontroversi," kata Syed Ibrahim lagi.


Tegas Pengerusi KEADILAN Johor itu, memandangkan sidang Parlimen masih digantung dan pembukaan “segera”nya masih tidak menentu meskipun telah ada ingatan yang jelas daripadaYang di-Pertuan Agong maka beliau mencabar Menteri Pengangkutan dan Kerajaan PN untuk tampil memberi respons secara telus dan segera terhadap persoalan yang ditimbulkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER