Kerajaan PN lemah, pelbagai kartel gugat pentadbiran - AMK



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin akan mencatat rekod sebagai yang paling lemah dalam sejarah pemerintahan negara, bukan sahaja keabsahannya diragui tetapi juga banyak kartel yang menggugat kelicinan pentadbiran.


Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Akmal Nasir, selagi kerajaan PN tidak membersihkan anasir kartel berkenaan sehingga ke akar umbi maka rakyat akan sentiasa meragui kewibawaannya.


"Kes kartel daging import, kartel Polis DiRaja Malaysia, dan kartel tander kerajaan merupakan antara isu besar yang mecalarkan imej negara di mata dunia. Kerajaan perlu mengakui sistem sedia ada begitu lemah dan gagal membendung gejala kartel.


"Saya percaya, masalah kartel bukan baharu tetapi sudah lama berakar umbi sehingga mewujudkan jaringan komuniti yang besar.


"Sampai bila isu tidak bermoral seperti ini terus bermaharajalela? Kerajaan perlu lakukan perubahan dengan kadar segera. Antaranya ialah mengkaji penstrukturan semula sistem kerajaan bagi memastikan pihak yang terlibat sama ada yang ditawarkan tender atau menawarkan tender adalah pihak yang sah mengikut peraturan dan undang-undang.


"Dalam masa sama, sistem tender terbuka perlu terus menjadi keutamaan bagi memastikan ketelusan sesuatu perolehan kerajaan dapat dinilai secara telus," kata Akmal dalam satu kenyataan, hari ini.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu bimbang selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan agensi kerajaan yang terlibat dalam kartel tender kerajaan, baru-baru ini.


Katanya, penahanan itu menggambarkan integriti pegawai kerajaan semakin terhakis.


Katanya, mungkin yang terlibat segelintir kecil tetapi persepsi maruah pegawai-pegawai kerajaan dilihat begitu mudah dibeli dengan hanya sogokan wang ringgit.


"Tatkala ribuan syarikat bergelut dalam situasi ekonomi pandemik bagi meneruskan kelangsungan operasi, golongan ‘kartel tender’ begitu mudah memonopoli tender-tender kerajaan.


"Sindiket kartel berjaya memonopoli 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan dengan nilai sebanyak RM3.8 bilion. Angka ini amat mengejutkan.


"Pendedahan yang berlaku memberi mesej jelas bahawa sistem pengurusan sedia ada semakin tenat dan membuktikan bahawa rasuah dalam negara terlalu teruk. Tidak hairan sekiranya Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (T1) 2020 Malaysia jatuh pada enam tangga dan mungkin akan jatuh lagi pada tahun hadapan sekiranya kegiatan tidak bermoral seperti ini tidak dikekang," kata Akmal lagi.


Beliau, dengan itu mendesak agar kerajaan PN lebih telus dan merombak prosedur penganugerahan projek serta tidak mengamalkan cara yang menimbulkan keraguan sebagaimana operasi kerajaan BN yang lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER