top of page

Kerajaan PN jangan tindas kebebasan media - Fahmi



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak menjamin kebebasan media sejak 4 bulan berkuasa amat dikesalkan.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata, kebebasan media amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran yang telus dan hak asasi rakyat terjamin


Katanya, tindakan ke atas agensi berita al Jazeera serta media tempatan baru-baru ini sebaliknya tidak menunjukkan sifat toleransi serta demokratik kerajaan PN.


"Saya kesal tindakan memberi tekanan kepada warga media, termasuk yang terkini melibatkan al Jazeera. ‬


‪"Media perlu memainkan peranan melapor dengan bebas. ‪Semak imbang ini memerlukan bukan sahaja kerajaan yang faham fungsi media dalam memantau perjalanan pentadbiran tetapi juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan kerajaan dan media.‬


"Saya gesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah bertindak segera meyakinkan para wartawan, editor dan warga media bahawa kerajaan hari ini tidak anti media atau anti kebebasan bersuara, selain memberi komitmen tindakan-tindakan tekanan terhadap media akan dihentikan," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan itu Fahmi turut menyarankan agar kerajaan PN merealisasikan kewujudkan Majlis Media Malaysia yang diusahakan penubuhannya oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini secepat yang mungkin.


"Saya gesa kerajaan meneruskan usaha mewujudkan Majlis Media agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang secara sistematik, tanpa menjejas persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa, dan tanpa menyebabkan media menjadi ‘pak turut’ kerajaan.‬


"Menteri ‪perlu bertemu Jawatankuasa Sementara Majlis Media sebagai tanda komitmen beliau terhadap kebebasan media. Kegagalan atau keengganan bertemu jawatankuasa bermaksud beliau dan kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media," ujar Fahmi yang dilantik sebagai Jurucakap KEADILAN bagi Komunikasi, Seni dan Budaya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga ‬kesal kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2020 merosot berbanding tahun sebelumnya akibat tindakan mengawal agensi berita dan wartawan sebagaimana dilakukan oleh rejim BN sebelum ini.


"April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020. Malangnya, tindakan-tindakan yang diambil terhadap media jelas akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières / Reporters Without Borders / RSF tersebut.‬


"‪Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi. ‬‪Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung," katanya lagi.


Untuk rekod, polis ketika ini mula menyiasat al Jazeera berhubung dokumentari yang disiarkan, bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19 baru-baru ini.‬


Siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page