Kerajaan PN hipokrit, gagal selesaikan isu perkauman



Kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) boleh dianggap hipokrit apabila tidak serius menyelesaikan isu perkauman yang mereka timbulkan ketika masih menjadi pembangkang.


Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang berkata, kegagalan PN menyelesaikan isu perkauman sepatutnya membuka mata rakyat mempersoalkan politik tidak berfaedah yang dibawa oleh Umno dan Pas sepanjang dua tahun lalu.


"Saya rasa ini peluang terbaik untuk rakyat membuka mata bahawa isu perkauman dibawa oleh Umno dan Pas, mereka sendiri tidak dapat selesaikan.


"Banyak isu bukan isu perkauman tetapi pentadbiran. Namun mereka mainkan seolah-olah itu isu perkauman.


"Hari ini apabila mereka dalam kerajaan, mereka langsung tak sentuh. Saya rasa itu sikap hipokrit dan saya harap rakyat sedar mereka inilah punca segala isu perkauman. Mereka memutarbelitkan isu," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan.


Ahli Parlimen Tanjong Malim itu turut mempersoalkan kewibawaan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang mengaku memimpin kerajaan 90% Melayu tetapi enggan fokus menyelesaikan isu-isu Melayu, sehingga kerajaan mengambil sikap mendiamkan diri.


"Saya benci sikap hipokrit. Saya rasa memang PN tidak dapat selesaikan (isu Melayu). Sebab orang yang memimpin mereka itu (PM) adalah orang yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri semasa era PH.


"Strategi mereka sekarang adalah berdiam diri sahaja, jangan sentuh lagi isu-isu perkauman," katanya sinis.


Antara isu-isu seputar Melayu-Islam yang ditimbulkan oleh Pas sepanjang 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan memerintah ialah menutup kedai judi, menghukum sekeras-kerasnya pemandu mabuk, meneruskan pindaan Rang Undang-undang 355, menutup kilang arak dan lain-lain yang hampir tidak kedengaran lagi diperkatakan selepas parti itu berada dalam gabungan pemerintah.


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio