top of page

Kerajaan PN gagal bendung Covid, kes baharu boleh cecah 6,000 sehari - Anwar


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah telah kehilangan punca untuk menangani pandemik Covid 19.


Dengan peningkatan jumlah jangkitan 3,000 kes sehari dan mempunyai trend menaik yang membimbangkan, tidak mustahil wabak tersebut akan melepasi angka lebih tinggi selepas Hari Raya Aidilfitri.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, data-data terbaharu menunjukkan berkemungkinan Malayisa akan mengikut jejak 'negara-negara gagal' dalam mengawal pandemik Covid sekiranya langkah-langkah yang lebih berdisiplin dan cermat tidak diambil.


"Kita agak terkesan dengan cara dan kaedah yang lemah dilaksanakan (negara ini). Pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan tetap menyebabkan penambahan kes-kes baru, kematian dan kesensaraan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan B40.


"Kalau saya boleh ungkapkan pandangan saintis Albert Einstein, 'kegilaan itu adalah melakukan sesuatu hal yang sama berulang kali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza'


"Apa yang berlaku (di negara ini) adalah keangkuhan kuasa pemerintah dan akibatnya adalah hilangnya pertanggungjawaban, ketelusan dan tiadanya usaha untuk memperbaiki dasar-dasar yang lemah


"Sekarang kita mencatat lebih 3,000 kes (jangkitan baharu) untuk beberapa hari lalu. Kes aktif melangkau lebih 30,000 orang.


"Pakar membuat unjuran, kemungkinan kes akan bertambah dari 6,000 hingga 10,000 sehari (pada waktu akan datang)," katanya dalam siaran langsung Facebook, petang tadi.


Justeru, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, Pakatan Harapan telah menubuhkan Jawatan Kuasa Penasihat bagi mengkaji pola pandemik Covid di negara ini.


Menurut Anwar, dapatan daripada jawatankuasa itu agak terhad kerana Kementerian Kesihatan enggan berkongsi data terkini.


Bagaimanapun, katanya, andai berlaku peningkatan mendadak kes harian Covid maka kemudahan kesihatan di Malaysia akan sangat bermasalah kerana pada ketika ini katil-katil di hospital sudah hampir penuh.


"Unit Rawatan Rapi, kemudahan di hospital terutama di Lembah Kelang hampir tenat dipenuhi pesakit dan ini lebih mengesankan rakyat Malaysia di kawasan bandar. Dengan pengenalan program vaksin yang bergerak perlahan dan lembab, ada keperluan untuk kerajaan menilai dan mengkaji semula pendekatan terkini.


"Pagi tadi kumpulan penasihat saya memberikan pandangan yang lebih teliti. Mereka bentangkan kepada jawatankuasa. Turut hadir dalam jawatankuasa itu, saudara Saifuddin Nasution, Anthony Loke dan Dr Dzulkifly Ahmad. Analisa kumpulan pakar ini diambil dari data-data universiti John Hopkins, Imperial Collage, Oxford dan juga dari (enjin carian) Apple dan Google.


"Yang membimbangkan kita kerana data yang perlu itu masih dirahsiakan dan menyebabkan sukar melakukan analisa selain kumpulan kecil yang terpilih. Maknanya kita tidak dapat melihat dan memahami masalah keseluruhannya," katanya lagi.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, pihak pembangkang tahu bagaimana untuk menangani pandemik Covid secara lebih baik dan bagaimana untuk memulihkan ekonomi Malaysia.


Sementara, katanya, Kerajaan PN hanya mempraktikan cadangan-cadangan yang tidak membantu menyelesaikan masalah pandemik. Hal itu hanya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan keselesaan kehidupan mereka.


Sehubungan itu, Anwar menyeru agar Parlimen dibuka semula dan perbincangan yang telus boleh dilakukan oleh pihak kerajaan serta pembangkang bagi mencari jalan yang paling baik menangani wabak Covid, yang nampaknya tidak akan reda untuk satu tempoh yang singkat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page