top of page

Kerajaan PN tetap enggan dahulukan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Dec 10, 2020
  • 2 min read


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetap enggan membahaskan usul undi tidak percaya mahupun undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata ini kerana masih tidak ada petunjuk atau gambaran bahawa Muhyiddin sudah kehilangan kepercayaan majoriti ahli parlimen.


“Peraturan mesyuarat 15 (1) jelas menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain, memandangkan tak ada langsung bentuk yang menggambarkan Yang Berhormat Pagoh hilang kerajaan.


“Kerajaan berpandangan usul-usul tak percaya dan usul percaya merupakan satu usul yang melibatkan sesuatu yang tertentu dan kepentingan orang ramai. Saya percaya dewan ini menganggap itu bukanlah satu perkara yang perlu disenaraikan.


“Oleh sebab itu, usul-usul ini akan kekal di dalam aturan urusan mesyuarat tertakluk pada saturan mesyuarat 14 dan 15.


"Pembangkang mengatakan sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 tak diluluskan, ia mengandaikan perdana menteri hilang kepercayaan majoriti.


"Tetapi seperti kita maklum, belanjawan telah diluluskan dan kurang ahli Parlimen yang tak bersetuju. Itu rekod di Dewan Rakyat.


"Maka tak timbul langsung kononnya ada kekurangan atau kehilangan sokongan majoriti terhadap Pagoh.


“Kalau ada mana-mana ahli parlimen boleh kemukakan akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong melebihi 112, kita akur sebagai satu proses demokrasi dalam negara kita,” katanya di Dewan Rakyat.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang bertanya bilakah 25 usul undi tidak percaya dan 2 usul undi percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Dewan Rakyat.


Dua usul undi percaya datang daripada Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh.


Manakala usul undi tidak percaya pula datang empat ahli parlimen parti Pejuang, 7 ahli parlimen Warisan, 11 ahli parlimen Amanah, seorang dari KEADILAN dan seorang dari DAP.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin masing-masing mengemukakan dua usul tidak percaya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page