Kerajaan PN - BN retak menanti belah - Fahmi Zainol



Kerajaan BN - Perikatan Nasional (PN) tidak akan bertahan lebih lama dan mungkin memerlukan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal dengan gerakan gerakan politik yang semakin menjauhkan antara satu sama lain.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Fahmi Zainol, hal itu dapat dilihat berdasarkan perang mulut terkini antara pimpinan Pas dan Umno.


Katanya, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kelmarin menyelar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang memperlihatkan tiada lagi persefahaman dalam komponen parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan itu.


"Jika dilihat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini BN dilihat bertanding secara solo meninggalkan blok kerajaan PN, iaitu Bersatu dan Pas.


"Menurut Mohamad Hassan, parti Umno mempunyai 42 kerusi terbesar dalam Parlimen, malah PRN Johor dilakukan kerana kerajaan negeri Johor hari ini tidak mendapat mandat rakyat yang sebenar," katanya.


Tambah Fahmi, mungkinkah kenyataan Tok Mat tersebut mengesahkan pengkhianatan yang berlaku kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menyebabkan suasana politik semasa kucar-kacir.


Namun dalam masa sama, katanya, Tok Mat juga cuba memberitahu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa selagi tidak mendapat mandat yang sah melalui pilihan raya maka beliau bukanlah dipilih oleh rakyat.


Tok Mat, katanya, seolah olah memberitahu PRU perlu diadakan dalam tempoh teredekat.


"Kenyataan ADUN Rantau ini juga seolah-olah memberi isyarat bahawa PRU15 akan diadakan pada bila-bila masa untuk memuaskan nafsu serakah orang politik Umno yang inginkan kuasa mutlak pada diri mereka," katanya.


Justeru, kepada rakyat yang akan menjadi pengundi pada PRU ke 15 nanti, Fahmi mengingatkan bahawa idea mengadakan pilihan raya awal dan pilihan raya negeri sememangnya dari Umno yang mahu mengambil kesempatan wabak Covid 19 bagi mengurangkan rakyat keluar mengundi.


Alasan tidak mendapat mandat rakyat, kata Fahmi, hanyalah dalih yang direka cipta untuk memperolehi monopoli kuasa dan tidak lebih daripada itu.


"Saya fikir Tok Mat lupa landskap politik hari ini berbeza berbanding dahulu. Mungkin idea mereka menginginkan PRN secepat mungkin bagi menawan beberapa negeri sebelum PRU, tetapi rakyat juga tidak akan lupa pengkhianatan yang dilakukan oleh Pas bersama Umno-BN.


"Ketidaktentuan politik Malaysia hari ini hakikatnya disebabkan oleh ahli-ahli politik yang rakus memikirkan kuasa tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan rakyat.


"Hanya dengan menghumban ahli ahli politik seperti ini sahaja maka negara akan lebih aman dan selamat," katanya lagi.


Kelmarin, Mohamad menyelar Presiden Pas Hj Hadi Awang bahawa Umno pulih dan gagah kembali bukan kerana ubat mujarab Pas, sebagai menjawab penghinaan Hj Hadi bahawa Umno seperti 'itik patah kaki' yang diubati Pas dan kini berenang meninggalkan rakan Muafakat Nasional.


Selain itu, Mohamad juga mengingatkan Pas tanpa sokongan Umno parti itu tidak mungkin sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan kekal sebagai pembangkang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER