Kerajaan PN akui dana Tabung Harapan diguna untuk bayar hutang 1MDB


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengakui bahawa dana Tabung Harapan yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan (PH) digunakan untuk membayar hutang wang 1MDB.


Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Abdul Rahim Bakri ketika sesi jawab lisan menteri di Parlimen.


"Dana Tabung Harapan sehingga 1 Disember 2019 telah berjumlah RM2, 05491.219.36 juta termasuk faedah diperolehi dan digunakan untuk melunaskan sebahagian dari hutang wang 1MDB.


"Namun selaras dengan akta tertentu, segala maklumat dan rekod penyumbang kepada Tabung Harapan melalui Maybank tidak dapat dihebahkan.


"Semua penyumbang boleh memohon pengecualian cukai dan terpulang kepada mereka sendiri," katanya di Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap kenyataan itu membuktikan bahawa tiada penyelewengan dibuat kepada dana Tabung Harapan.


"Saya berterima kasih kerana menteri yang memberikan jawapan penuh tanggungjawab yang sekali gus menjelaskan Tabung Harapan diuruskan dengan telus dan cekap, alhamdulillah.


"Tidak ada secebis penyelewengan pun dalam Tabung Harapan ini," katanya.


Beliau juga meminta supaya kerajaan mendedahkan kesemua 101 syarikat yang mendapat kontrak secara runding terus ketika zaman pentadbiran PH.


"Selaras dengan tanggungjawab dan ketelusan bagi menangani skandal 1MDB, adakah kementerian bersedia juga untuk mengamalkan tanggunjawb dan ketelusan dalam masa terdekat untuk mendedahkan projek yang dirunding secara terus.


"Boleh jadi dibuat dalam tempoh 24 jam, dengan kekuatan Kementerian Kewangan, saya fikir persoalan gampang ini boleh diuruskan kalau benar kerajaan berpegang kepada prinsip tanggungjawab dan ketelusan," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio