top of page

Beri undi kepada PN: Ulangi kerajaan 18 bulan dibelit skandal, lemah



Perikatan Nasional (PN) tidak boleh mendabik dada kononnya gabungan itu bersih dan menentang rasuah sebagaimana yang selalu diuar uarkan.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kerajaan PN hanyalah 'indah khabar dari rupa' kerana terbukti mereka juga melindungi pemimpin yang terpalit skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia.


"Sehingga kini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan PN tidak menafikan keterlibatan pimpinan-pimpinan kanannya dalam skandal-skandal mutakhir negara.


"Umum mengetahui Dr Latiff Ahmad, bekas menteri Bersatu adalah tokoh politik yang dinamakan di dalam laporan audit forensik mengenai kelewatan projek LCS.


"Syarikat Alizes Marine Ltd, sebuah syarikat palsu yang dinamakan terlibat menyeleweng sehingga lebih RM200 juta peruntukan projek-projek pertahanan laut adalah syarikat yang dikaitkan dengan Dr Latiff.


"Bersatu tidak memberi sebarang penjelasan atau menafikan perkara ini. Latiff pula tidak menyaman saya kecuali membuat satu laporan polis. Tindakan Bersatu ini seolah-olah mahu perkara tersebut dilupakan begitu sahaja oleh rakyat," kata Rafizi dalam kenyataannya.


Calon parlimen Pandan itu juga mendakwa bagaimana seorang lagi pimpinan kanan Bersatu, bekas Timbalan Menteri Pertahanan terpalit dengan kontroversi perbekalan meriam artileri (self-propelled Howitzer) yang turut menjadi isu besar di kalangan pengurusan angkatan tentera.


"Sehingga kini Muhyiddin dan PN tidak berjaya menangkis bukti-bukti yang telah ditunjukkan setakat ini.


"Sebab itu, Muhyiddin dan PN adalah golongan terakhir yang boleh mendabik dada kononnya mereka bersih.


"Semasa KEADILAN mengambil langkah berani mengisytiharkan harta pula, tidak ada seorang pun pemimpin dari Bersatu yang berani mengisytiharkan harta sedangkan pandangan umum rakyat ialah ahli politik yang tidak berani mengisytiharkan harta pasti ada sesuatu yang disembunyikan," katanya.


Tambah Rafizi, walaupun tempoh 18 bulan pentadbiran PM Muhyiddin Yassin bunyinya pendek namun ia adalah tempoh yang paling sengsara dari segi ekonomi rakyat menghadapi Covid 19, jumlah kematian yang tinggi akibat wabak dan huru hara dalam pemerintahan.


Memberikankan undi kepada PN, katanya, samalah seperti rakyat mengundang kembali pengalaman sengsara 18 bulan itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page