top of page

Kerajaan PH tidak bijak harga ayam RM5.99 sekilogram?



Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan ditohmah oleh majoriti orang Melayu sebagai tidak bijak, lemah dan tiada hala tuju tetapi berjaya mengawal harga ayam sekitar RM5.99 sekilo.


Pengarah Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, mungkin orang Melayu 'berkarat' biru gelap dan hijau menganggap kerajaan BN - PN lebih bijak apabila berjaya mengawal harga ayam pada RM9.40 sekilo ketika ini.


"Negara kita Malaysia mempunyai menteri paling ramai. Namun mereka tidak mampu menguruskan harga ayam dengan telur di negara kita.


"Kita ada PM, kita ada menteri kanan, ada duta bertaraf menteri, penasihat khas. Tetapi kerajaan Umno BN hari ini tidak mampu untuk menjaga soal kebajikan rakyat


"Pemerintaha PH 22 bulan PH punya lemah, tidak pandai, harga ayam sekilo RM5.99. Punya bijaksana, pandai Umno-BN memerintah harga ayam RM9.40," katanya dalam himpunan aman protes harga barang di hadapan masjid Kampung Bharu, Kuala Lumpur tengah hari tadi.


Justeru Ahli Dewan Negeri Taman Templer itu mahu rakyat terutama orang Melayu berfikir untuk menggantikan kerajaan Melayu Islam BN - PN yang tidak berguna itu dalam PRU ke 15.


"Tuan tuan putuskanlah dalam PRU akan datang ini, tumbangkan kerajaan Umno BN.


"Kita angkat semula kerajaan kerajaan PH," katanya lagi.


0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page