top of page

Kerajaan PH Selangor kekal kukuh - Amirudin Shari


Hasrat pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional yang dikaitkan dengan paksi Menteri Kanan Azmin Ali mahu menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor mungkin terbantut dengan pengakuan Menteri Besar Amirudin Shari bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu masih kukuh. Malah Amirudin menyifatkan sabotaj paling besar kepada usaha pemulihan ekonomi negeri dan negara akibat kesan penularan wabak Covid-19 adalah “ganggu gugat politik” yang berterusan daripada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan dilantik rakyat dalam pilihan raya umum ke 14 lalu. Amirudin yang mengakui wujud “usaha” sedemikian dalam pentadbirannya yakin kerajaan PH Selangor masih kukuh kerana mempunyai jumlah majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). “Kita (Selangor) ada tanggungjawab besar sebagai penyumbang kira-kira 20% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Bayangkan jika negeri ini diganggu gugat politiknya dan hilang fokus, bagaimana kita mahu pulihkan kembali ekonomi?” katanya dipetik. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi yang mana PH memiliki 48 kerusi, Barisan Nasional (5), PAS (1) dan Bebas (2). Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas suhu politik di Selangor selepas Kerajaan PH Kedah tumbang pada 12 Mei lepas susulan tindakan dua ADUN keluar dari KEADILAN dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page