top of page

Kerajaan PH Plus: Rundingan masih berjalan, keputusan belum muktamad

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 16, 2020
  • 1 min read




Rundingan membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus bagi mengambilalih Kerajaan Persekutuan daripada Perikatan Nasional masih berjalan.


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan rundingan akan diumumkan sebaik sahaja ia dimuktamadkan.


"Sementara kita menghormati pandangan serta komen-komen yang diberi pelbagai pihak, sayugia dimaklumkan perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen PH dan rakan-rakan pembangkang.


"Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai," katanya dalam Facebook rasmi PH.


Dalam pada itu, Saifuddin turut menolak laporan kurang tepat media masa termasuk media sosial berkaitan isu calon Perdana Menteri PH.


Menurutnya, laporan tersebut tidak berasaskan kenyataan daripada pimpinan PH yang relevan.


"Saya mengikuti beberapa laporan media berkait isu calon Perdana Menteri dan ingin menegaskan kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh PH mahupun Pakatan Harapan Plus," katanya.


Untuk rekod, pada 9 Jun lepas perjumpaan pimpinan PH Plus diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN merundingkan pengambilalihan Kerajaan Persekutuan dan siapakah calon Perdana Menteri. Susulan perjumpaan itu satu kenyataan dikeluarkan menyatakan keputusan akan diumumkan dalam seminggu dari tarikh berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page