
Kerajaan mandat rakyat sekiranya mahu dibentuk mengambilalih tempat Perikatan Nasional (PN) haruslah memikul agenda Reformasi tulen.
Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Datuk Halim Bachik. Katanya, untuk memimpin misi tersebut hanya seorang sahaja calon yang memenuhi kelayakan, iaitu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jangan kita “mengkhianati” mandat rakyat sekali lagi. Kita harus berdiri teguh dengan prinsip dan memastikan kerajaan yang akan ditubuh (Pakatan Harapan Plus) kelak mesti memikul agenda reformasi yang tulen serta jangan menghampakan rakyat.
"Justeru itu, Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyokong penuh beliau sebagai Perdana Menteri ke-9," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Halim lagi, ketokohan Anwar amat disegani di dalam dan luar negara. Oleh itu, tiba masanya Anwar dilantik untuk memikul misi berat memulihkan ekonomi dan pentadbiran negara akibat pandemik Covid 19 dan krisis keyakinan antarabangsa sebelum ini.