Kerajaan PH 22 bulan berkiblat Tun Mahathir, rakyat perlu sekali lagi berubah PRU 15



Rakyat Malaysia digesa sekali lagi beramai ramai melakukan perubahan total dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Hal itu ditegaskan oleh Bendahari Agung KEADILAN, William Leong Jee Keen dalam majlis makan malam mengumpul dana pilihan raya Cabang Selayang, malam tadi.


Menurut William Leong, tuduhan kononnya Pakatan Harapan (PH) menipu rakyat dengan pelbagai janji perubahan sistem adalah kerana kerajaan 22 bulan Perdana Menteri Tun Mahathir memang tidak berniat untuk melakukan sebarang perubahan.


Katanya, hal itu berbeza jika PH menang lagi kali ini di bawah kepimpinan Datuk seri Anwar Ibrahim yang merupakan tokoh reformasi sejak 2 dekad lalu.


"Rakyat kata mereka telah beri peluang pada PRU 14 tetapi nampaknya tiada perubahan.


"Sedangkan kerajaan 22 bulan itu adalah kerajaan Tun Mahathir. Datuk Seri Anwar bersama kita anggota parti telah mengikut perjanjian agar Tun jadi PM selama setahun. Lepas itu Tun minta dipanjang setahun lagi dan ini juga disetujui.


"Tetapi Tun telah mengambil kesempatan naik pentas PH laungkan reformasi. Sedangkan dalam hati beliau, agenda beliau adalah seperti Umno, iaitu politik perkauman. Sebab itu kita minta maaf (perubahan tidak berlaku)


"Pentadbiran Tun bukanlah pentadbiran PH atau KEADILAN. Sebab itu saya minta anda semua jangan segan tentang prinsip perjuangan kita dalam PRU. Kita berjuang untuk reformasi politik berbilang kaum. Kita mesti berani dan yakin kepada pemimpin kita.


"Jadi, marilah kita teruskan perjuangan lawan tetap lawan. Lawan sampai menang," katanya.


Sebelum itu, Ketua Cabang KEADILAN Selayang itu turut menyeru rakyat, terutamanya anak muda untuk keluar beramai ramai menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU 15.


Katanya, Ahli Parlimen telah berusaha keras bagi membenarkan penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas dibenar mengundi dan sesiapa yang tidak mendaftar juga boleh mengundi pada PRU 15.


Justru, katanya, rakyat perlu mengambil peluang untuk melantik kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka sepanjang 5 tahun akan datang.


"Rakyat perlu keluar mengundi, ini adalah kebebasan dan hak anda untuk memilih kerajaan yang terbaik.


"Hak ini dengan susah payah kita dapatkan. Kerajaan telah pinda Perlembagaan Persekutuan untuk rakyat secara automatik berusia 18 tahun ke atas dibenar mengundi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER