top of page

Kerajaan pertimbang pindaan kanun keseksaan berkaitan jenayah AI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan sedang menimbang pindaan Kanun Keseksaan untuk menjadikan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk imej intim sintetik, penyamaran digital, dan ‘automated grooming’ sebagai jenayah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar), berkata pembaharuan sistem undang-undang jenayah penting dalam mendepani perubahan teknologi.


"Jenayah seperti penipuan siber, eksploitasi dalam talian, penyamaran digital dan manipulasi teknologi 'deepfake' semakin berleluasa serta sukar dikesan dengan kaedah konvensional.


"Ini sekali gus menuntut pendekatan perundangan yang lebih progresif dan responsif selaras dengan perkembangan teknologi semasa," katanya dipetik.


Azalina berkata begitu ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Jenayah dan Pembaharuan Undang-undang: Sistem Keadilan Jenayah dalam Era Baharu di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), di Kuala Lumpur pada Rabu.


Beliau turut memaklumkan, kerajaan telah mengambil langkah awal menangani jenayah digital melalui penggubalan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.


Azalina pada konvensyen itu turut menekankan kepentingan perbicaraan adil, terutama soal beban pembuktian, penahanan pra-perbicaraan, dan pembaharuan jaminan.


Justeru, piawaian undang-undang yang jelas dan konsisten amat penting bagi melindungi hak tertuduh, memastikan integriti pendakwaan, dan mengekalkan keselarasan kehakiman.

"Sistem yang matang mesti meneliti kesilapan dan memperbaikinya. Keadilan tidak berakhir dengan sabitan; ia berterusan selagi kebebasan individu dipertaruhkan," tambah beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page