top of page

Dashboard MA63 dilancarkan, sampai maklumat Perjanjian Malaysia secara tersusun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read
Dashboard Status Pelaksanaan Perkara  MA63 memudahkan rakyat faham progres pelaksanaan, perundingan
Dashboard Status Pelaksanaan Perkara MA63 memudahkan rakyat faham progres pelaksanaan, perundingan

Kerajaan MADANI telah melancarkan Dashboard Status Pelaksanaan Perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (Dashboard MA63) untuk memudahkan akses maklumat secara tersusun.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Dashboard MA63 adalah platform digital rasmi yang memaparkan status pelaksanaan, perundingan, dan latar belakang perundangan berkaitan hak Sabah dan Sarawak.


"Dashboard MA63 diwujudkan sebagai platform pemantauan bersepadu yang membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih tepat, tersusun dan masa sebenar (real time), selaras dengan prinsip ketelusan dan semangat reformasi yang ditekankan oleh Kerajaan MADANI.


"Malah rakyat juga dapat melihat segala kegiatan berkaitan berhubung kait bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta pelaporan berhubung kait dengan status perundingan di bawah MA63," katanya dipetik pada sidang media selepas melancarkan Dashboard MA63, di Bangunan Parlimen, pada Rabu.


Turut hadir pada pelancaran itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Mustapha Sakmud.


Fadhillah sementara itu menegaskan bahawa matlamat utama pelaksanaan MA63 adalah untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang utuh, stabil dan bersatu padu, dengan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang kukuh serta saling memahami.


Setakat ini jelasnya sebanyak 29 perkara sudah dibincangkan di bawah platform rasmi dan daripada jumlah itu dan 13 perkara dilaksanakan termasuk sembilan perkara yang diselesaikan dibawah pentadbiran Kerajaan MADANI.


"Bagaimanapun 16 perkara masih lagi dalam perbincangan. Ini kerana apa yang terkandung disebabkan sejarah lama, ada perkara yang sepatutnya diberikan hak kepada Sabah dan Sarawak tapi ia masih tidak dilaksanakan.


"Tapi ini perkara yang berlaku pada kepimpinan terdahulu, jadi tugas kita adalah untuk leraikan kerana ada isu kita terpaksa pindahkan perlembahaan dan memerlukan rundingan lebih terperinci, ia bukan satu perkara yang mudah," jelasnya.


Awal Januari lalu, Mustapha mengumumkan pembangunan platform tersebut bagi meningkatkan ketelusan dan akses maklumat, khususnya berkaitan tuntutan hak 40% Sabah


Dashboard itu jelasnya boleh diakses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page