top of page

Kerajaan pertimbang kembalikan feri ikonik Pulau Pinang



Biarkan berdepan cabaran namun kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan semula perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata cabaran dihadapi pihaknya antara lain disebabkan terminal lama untuk perkhidmatan feri itu sudah diubah suai bagi kegunaan feri baharu yang hanya membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal.


"Memang kita mahu mengembalikan operasi feri-feri itu tapi dalam bentuk apa kita akan lihat (sama ada) ia sebagai feri pelancongan, feri roro atau feri muzium dan sebagainya.


"Feri yang membawa kereta sudah tentu memang ada permintaan tapi kami berdepan cabaran untuk mengembalikan perkhidmatan itu dalam masa terdekat.


"Projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan Seberang Perai ketika ini tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik melibatkan pergerakan kenderaan empat roda," katanya pada lawatan sehari ke negeri itu.


Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya akan membincangkan isu itu dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk melihat kesesuaian perkhidmatan yang boleh diadakan melalui feri ikonik berkenaan.


Sebagai rekod, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun.


Ia kemudian digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri untuk motosikal dan basikal.


Walau bagaimanapun bermula 1 Januari lalu, perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal dihentikan sementara bagi memberi laluan kerja menaik taraf dermaga di terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda, di Georgetown.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page