top of page

Kerajaan Persekutuan perlu bantu koperasi nelayan di Sabah



Kerajaan Persekutuan seharusnya memberi lebih banyak bantuan kepada koperasi nelayan di Sabah.


Timbakan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin (gambar atas, berbaju putih) berkata, hal itu boleh memperbaiki kualiti latihan kepada nelayan terutama dalam bidang perikanan dan akuakultur dari segi teori serta amali.


Razeef berkata demikian ketika mengadakan lawatan bersama Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Peto Galim ke Koperasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) di Kg Laya-Laya Tuaran, baru baru ini.


"Kami diberi taklimat operasi dan pembangunan yang sedang dan akan dilakukan oleh Ko-Nelayan. Antara operasi yang dijalankan adalah memberikan latihan khusus tentang perikanan dan akuakultur dari segi teori dan amali, menguruskan penanaman dan pembiakan semula batu karang, pengeluaran dan tempat asuhan benih bagi ikan Kerapu hibrid, Siakap hibrid dan Ikan Merah.


"Selain itu, Ko-Nelayan juga sedang dalam proses membangunkan dan mengubahsuai Taman Mini Akuakultur agar menjadi tempat tarikan pelancong sama ada luar dan dalam negara," katanya.


Menurut beliau lagi, pelan perancangan Ko-Nelayan sangat baik terutama dalam usaha melahirkan usahawan akuakultur serta pemulihan ekosistem laut. Begitu juga perancangan memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah.


Melihat salah satu projek akuakultur Ko-Nelayan

Cuma katanya, usaha tersebut sedikit ketinggalan dari segi pelaksanaan atas beberapa faktor seperti persijilan dan taraf pusat latihan berkenaan.


"Pensijilan perlu dalam menjadikan Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan setaraf dengan pusat latihan di Semenanjung yang diiktiraf sangat penting, dan kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia serta kementerian lain amat diperlukan. Silibus yang disediakan juga mampu melahirkan tenaga mahir yang berkemahiran tinggi.


"Saya juga maklum berkenaan jurulatih yang hanya mendapat gaji harian dan bukannya secara tetap. Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu Ko-Nelayan dalam menyelesaikan isu ini. Peruntukan dari kementerian sangat diperlukan terutama dalam usaha menyiapkan pusat latihan ini yang terbantut akibat kekurangan peruntukan.


"Dengan peruntukan dana dari kerajaan saya yakin usaha mencapai visi dan misi dapat dilakukan. Ini bukan sagaja melibatkan Ko-Nelayan malah ia akan membantu memacukan ekonomi golongan nelayan serta usahawan akuakultur dalam tekad negara untuk merancakkan dan memperhebatkan lagi pertumbuhan ekonomi," katanya.


Razeef dalam pada itu menggalakkan golongan muda yang berminat berkecimpung dalam bidang akuakultur untuk menyertai latihan di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan.


Selain dari latihan teori dan amali, dengan kerjasama yang ada beliau yakin Ko-Nelayan dapat membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka.


Ko-Nelayan juga kata beliau sukses dalam mengeluarkan pelbagai produk makanan seperti keropok lekor, keropok amplang, sambal serai udang, sambal ikan masin, serunding, sambal liking, popia sambal udang, sambal ikan bilis, sambal kerang, keropok ikan dan pelbagai lagi produk.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page