top of page

Kerajaan Perpaduan yakin kekalkan Pulai dan Simpang Jeram

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 25, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Perpaduan optimis mampu mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan hadapan.


Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata suasana politik di selatan tanah air agak berbeza dan pengundi Johor tidak mudah terpengaruh dengan dakyah Perikatan Nasional yang diterajui Pas.


"Jika kita lihat pengundi di Johor dan Pantai Barat yang sememangnya hidup secara majmuk berbanding negeri lain.


"Selain itu, faktor demografi dan cara berfikir yang berbeza juga mempengaruhi pengundi di selatan tanah air.


"Jadi saya rasakan sentimen agama dan perkauman sukar diterima di Johor," kata beliau dalam wawancara terbitan Sumberkini, malam tadi.


Selain itu, Azli yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor turut mengingatkan pendekatan Kerajaan Perpaduan untuk menambat hati pengundi M40 yang dilihat kurang diberi perhatian sekali gus boleh memberi kesan kepada PRK ini.


"Walaupun sentimen agama dan perkauman tidak berjaya di Pantai Barat dan selatan tanah air tetapi ada cabaran untuk menyakinkan golongan M40 berkenaan dengan kos sara hidup dan bantuan kerajaan.


"Oleh itu, Kerajaan Perpaduan perlu fokus bukan sahaja kepada B40 tetapi golongan M40 juga perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku undi protes seperti PRN lalu," ujarnya lagi.


Untuk rekod, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan bagi DUN Simpang Jeram pula seramai 40,379 pengundi.


Kedua-dua kerusi itu kosong susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.


Susulan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 26 Ogos depan, pengundian awal pada 5 Sept manakala 9 September sebagai hari mengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.


Untuk rekod kedua dua kerusi tersebut ditandingi calon daripada Amanah - Pakatan Harapan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page