Kerajaan Perpaduan utuh, jangan 'sembang' PN ambil alih kuasa
- Redzuan Shamsudin
- Jul 30, 2023
- 1 min read

Propaganda Perikatan Nasional (PN) sekiranya keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) memihak kepada PN, iaitu 5 daripada 6 negeri jatuh ke tangan mereka maka Kerajaan Persekutuan akan bertukar tangan hanyalah angan angan kosong.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PN jangan 'sembang' memperdaya para penyokong mereka bahawa akan berlaku perubahan di peringkat Persekutuan dengan keputusan PRN.
"Kita (Kerajaan Perpaduan) solid, tak usah sembang nak ambil alih (kerajaan), kita kuat. Jangan dengar, 'saya ambil alih November'. Ketua Pas kata '3 bulan sahaja'. Saya kata, dia dapat modal mana?
"Lepas 3 bulan, maka sebelum puasa.... tak jadi juga. Lepas raya, tak jadi. Sidang parlimen akan datang... saya kata, bawa usul saya tak akan sekat," katanya dalam ceramah Mega Arus Merah Kuning di Padang Letak Kereta, Jalan Nova U5, Subang Bestari.
Menurut Anwar, beliau tidak akan melakukan apa yang telah dilakukan oleh Mahiaddin Yassin dengan menggantung Parlimen dengan perisytiharan darurat apabila kuasanya tergugat.
"Saya beritahu Speaker (Dewan Rakyat sebelum ini) kalau tak cukup 2 minggu, 3 hari notis sila bawa. Tak bawa juga. Sekarang tunggu Ogos. Orang Selangor patut dah matang. Nak ikut Kelantan ke ikut Selangor?
"Kena beritahu kawan kawan kita. Setengah orang seronok siapa beri bendera, duit sikit. Sedangkan ini kita masa depan kita, anak anak kita," katanya lagi.
Anwar berkata, ketika Mahiaddin Yassin menjadi PM keutamaannya salah dengan mengubahsuai rumah rasmi di Seri Perdana berjumlah RM38 juta. Manakala rakyat yang memberi kuasa tidak banyak mendapat pembelaan.
Comments