
Mesyuarat Pertama kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini membuat langkah drastik dengan mengawal cabutan judi bulanan, monopoli import beras dan kartel telur ayam.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan pertama beliau di Kementerian Kewangan untuk memperbaiki tatakelola ialah dengan memutuskan pengurangan cabutan judi yang ditingkatkan sesama pemerintah kerajaan PN kepada had asal di bawah kerajaan Pakatan Harapan 1.0 lalu.
"Satu hari saya di Kementerian Kewangan saya boleh ambil keputusan untuk membatalkan cabutan perjudian dilakukan jemaah menteri oleh Bersatu dan Pas yang lalu dari 8 ke 22 (sebulan)
"Hari ini saya mengarahkan cabutan itu dikekalkan tahap lama, iaitu 8 kali. Mulai 1 Januari 2023 cabutan khas perjudian akan turun hanya 8 kali," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pertama kabinet hari ini.
Dalam pada itu PM juga membayangkan perbelanjaan mewah Perkatan nasional dalam kempen pilihan raya yang baru lalu mungkin melibatkan syarikat perjudian dan perkaa tersebut sedang ditelusuri dengan lebih mendalam.
"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.
"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.
Selain itu, Anwar juga mengumumkan tindakan segera akan dilakukan kepada industri beras negara yang sejak beberapa dekad dikritik kerana berlaku amalan monopoli.
Katanya, kerajaan hari ini menegur taikun beras Tan Sri Syed Mokhtar kerana amalan monopoli berkenaan.
"Syed Mokhtar ditegur kerana monopoli import beras. Kebenaran import bukan dianugerahkan kepada beliau. Dianugerah kepada Bernas yang ketika itu dipunyai oleh Tan Sri Boon Seng sebanyak 31% dan syarikat Tan Sri Shahidan Kassim. Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli syarikat ini dari Boon Seng sekitar RM800 juta dan syarikat Shahidan RM400 juta.
"Jadi beliau mempunyai tanggungan untuk membayar balik. Tetapi saya ingin bagi jaminan kerajaan di bawah pimpinan saya tidak lagi benar pembolotan kekayaan oleh tokoh politik dan menghisap darah pesawah padi yang miskin
"Sekarang umpamanya kita tidak boleh beban seorang Syed Mokhtar sehingga kita teliti pulangan dia agar berpatutan. Tetapi saya gesa beliau berbuat sesuatu. Maka beliau peruntukan bulan ini juga RM10 juta kepada pesawah miskin dan tahun depan RM50 juta daripada Bernas," katanya.
Dalam sidang media sama, Menteri Kewangan itu juga mengumumkan bahawa harga telur di pasaran akan diturunkan dalam masa terdekat dan bekalan akan dipulihkan.
"Saya sucakita maklumkan berbincang dengan saudara Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Ada beberapa langkah diambil, termasuk (harga) telur yang akan diumumkan beliau esok dengan harga lebih rendah dan mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Kita harap jumlah telur cukup dan harga dikurangkan," katanya.
Anwar juga mengumumkan bahawa gaji Menteri akan dikurangkan sebanyak 20% berkuatkuasa serta merta.