top of page

Kerajaan Perpaduan teruskan bantuan tunai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 20, 2022
  • 1 min read


Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan, umum Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa menjelaskan, bayaran bantuan itu yang dijadual dibayar pada Mac juga diawalkan kepada Januari.


Kerajaan membuat keputusan menyegerakan pembayaran itu setelah mengambil kira beban yang ditanggung rakyat ketika ini.


“Bayaran fasa satu ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.


“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya.


Beliau yang juga Menteri Kewangan sebelumnya membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat.


Anwar turut mengumumkan kerajaan telah bersetuju membayar wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 pada awal Januari 2023.


Bayaran itu merupakan bayaran tanpa melibatkan dan tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.


Kerajaan juga menurut Anwar bercadang menyalurkan bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil juga pada Januari ini.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page