top of page

Kerajaan Perpaduan tambah RM3j bina Masjid Changlun

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 30, 2023
  • 1 min read

ree

Kerajaan Perpaduan meneruskan projek pembinaan Masjid Changlun di Kedah dan menambah peruntukan sebanyak RM3 juta.


Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.


"Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang di antara semua negeri di negara ini.


"Sehubungan itu, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan sebanyak RM3.07 juta menjadikan keseluruhan kos pembinaan berjumlah RM5.77 juta," katanya.


Menurut beliau, projek berkenaan akan dilaksanakan dalam kadar segera biar pun Kedah merupakan negeri pembangkang.


"Projek ini akan dilaksanakan dengan segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.


"Harus diulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat," katanya lagi.


Pembinaan masjid itu juga, kata PM, merupakan bukti komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab meletakkan hak rakyat sebagai keutamaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page