top of page

Kerajaan Perpaduan sambut baik titah Sultan Sharafuddin



Kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, titah baginda selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada mesyuarat majlis itu kali ke-71 di Putrajaya pada Khamis dilihat sebagai satu kenyataan tegas dalam mempertahankan semangat Perlembagaan Negara.


Pendirian tegas baginda juga jelasnya dilihat tepat pada masanya bagi menurunkan suhu hangat politik berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lepas yang mengisytiharkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan batal dan tidak sah.


"Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, menurut Tuanku (Sultan Selangor) harus dihormati kerana Mahkamah Persekutuan tunduk kepada hukum dan semangat Perlembagaan. Tidak timbul nak meringankan dan meremehkan kedudukan Mahkamah Syariah.


"Mungkin masyarakat Cina tidak rasa tekanan itu, tapi bagi masyarakat Melayu dan Islam seluruh negara, isu ini jadi isu politik sangat hangat, cerca-mencerca, penghinaan hakim-hakim, kerajaan dan sebagainya," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu pada ucaptama Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Selangor semalam

Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah agar semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara dan perlu sentiasa didukung oleh rakyat.


Baginda bertitah demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Syariah Jejayah Kelantan batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama.


Pada Disember lepas, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas itu yang bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri khususnya berkaitan dengan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page