top of page

Kerajaan Perpaduan pertahan hak Sarawak, tolak pihak gugat kestabilan



Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan pada November 2022 merupakan satu satunya harapan rakyat Sarawak untuk mendapat hak hak yang diabaikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sejak sekian lama.


Sempena Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini, Ahli Majlis Kepimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh mengingatkan rakyat agar mempertahankan kelangsungan Kerajaan Perpaduan kerana hanya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja pelbagai peruntukan secara jujur diberikan kepada yang berhak berdasarkan MA63.


"Penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 adalah titik permulaan positif dalam proses memulangkan hak yang termaktub dalam MA63.


"Perkara ini telah dilaungkan secara terbuka oleh rakyat Sarawak sejak bertahun lamanya namun hasilnya tidak menunjukkan sebarang kesan yang memberansangkan .


"Kerajaan Perpaduan, inisiatif DYMM Yang di-Pertuan Agong di bawah Pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian telah secara tegas mengembalikan hak untuk rakyat Sarawak dan Sabah. Agenda tuntutan yang diterajui oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Fadillah Yusuf telah berusaha keras untuk memenuhi keperluan rakyat (Malaysia Timur).


"Asasnya, hak Sarawak perlu dikembalikan untuk memastikan pembangunan negari dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan," kata Abang Zulkifli dalam kenyataan hari ini.

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar itu lagi, sebaliknya pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan harus dianggap sebagai musuh demokrasi, terutama oleh penduduk Malaysia Timur yang mahu menikmati kemajuan dan pembangunan.


Katanya, pihak berkenaan sepatutnya berbelas kasihan kepada rakan rakan di Malaysia Timur yang mundur. Oleh itu sewajarnya mereka membenarkan PM memerintah sehingga cukup penggal ini bagi mengotakan janji yang telah dibuat.


"Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh PMX malah perlu wujud sekurang-kurangnya untuk dua penggal mendatang, supaya kerangka yang dirancang dan disusun sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilaksana dan dinilai dengan waras.


"Tindakan pihak tertentu berusaha menumbangkan kerajaan ini harus ditentang dengan keras. Rakyat harus sedar bahawa agenda peribadi mereka itu akan lebih merumitkan kehidupan," katanya.


Tegas Abang Zulkifli lagi, harapan rakyat kepada mana-mana Kerajaan adalah untuk menjamin keharmonian masyarakat dalam persekitaran ekonomi yang mampan, adil dan saksama. Pembangunan seimbang antara desa dan bandar serta pembangunan sahsiah insan dan material ditangani dengan sempurna sehingga tidak menimbulkan sebarang keresahan dalam kalangan masyarakat majmuk.


"Dalam hal ini sebagai rakyat kita juga harus berperanan menyumbang dan tidak hanya mahir mengkritik.


"Kritikan yang dilontar itu harus berfakta dan bukan memfitnah. Rakyat juga harus lebih proaktif dan bekerja keras terutama sekali dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Inisiatif bantuan rakyat yang diterbitkan oleh Kerajaan Perpaduan harus difahami dan diguna sepenuhnya.


"Justeru, saya menyeru rakyat tanpa mengira fahaman politik memberi peluang dan menyokong Kerajaan Perpaduan untuk merancakkan agenda pembangunan, khasnya buat negeri Sarawak yang kita cintai ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page