top of page

Kerajaan Perpaduan mampu kekal memerintah selepas PRU 16



Oleh: Helmi Mohd Foad


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya percaya gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan mampu kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya berjaya mentadbir dengan baik sepanjang empat tahun pada penggal ini.


Beliau berkata pada masa ini Sabah dan Sarawak boleh diangap sebagai 'bank undi' selain sokongan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.


"Bila kita lihat perkembangan politik ini, Insya-Allah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan tetapi bagaimana dengan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis?


"Di empat negeri itu, kita di Kedah hanya ada Sungai Petani, ertinya kita tidak boleh terus menjadi kerajaan tanpa sokongan orang Melayu dan orang Islam," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.


Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) kembali bertapak di empat negeri Melayu tersebut, kerjasama erat perlu dilakukan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.


Akuinya selama ini beliau tidak pernah membuat ucapan menyatakan perlu ada usaha memperkuatkan UMNO namun faktanya sekarang PH belum lagi menyerlah di keempat-empat negeri majoriti Melayu tersebut.


Justeru itu, katanya kerjasama erat tersebut penting bagi menguatkan kembali UMNO supaya mampu menguasai semula pemerintahan di negeri-negeri terbabit.


"Sebab itu kebersamaan antara PH dan UMNO perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Kita tidak boleh lihat kosong kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu, Kelantan ada dua DUN tapi Parlimen kosong, di Kedah ada tiga DUN dan satu Parlimen tapi kosong kedua-dua DUN dan Parlimen di Perlis," katanya.


Mohamad mengakui bahawa sekarang BN yang suatu ketika dahulu gergasi politik hanya mampu memang 30 kerusi Parlimen manakala PH menguasai 82 kerusi namun dengan bersatu gabungan politik itu boleh kembali kuat di seluruh negara.


"Bukan perlu ada formula yang payah, teorinya kerjasama, kalau ada Pilihan Raya Kecil kita betul-betul turun," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page