top of page

Kerajaan Perpaduan jawapan kepada anasir perkauman dimainkan PN - Syed Ibrahim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 15, 2022
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan merupakan jawapan tuntas kepada naratif perkauman yang dimainkan oleh PN sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 15 lalu yang memecah belahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, Malaysia yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum tidak boleh diperintah oleh kerajaan yang hanya mengutamakan satu kaum sahaja.


Bagaimanapun, katanya, dalam Kerajaan Perpaduan komposisi Menteri Melayu/Bumiputera sebanyak 22 orang, Cina 5 dan India 1. Begitu juga Timbalan Menteri di mana Melayu 19, Cina 6 dan India 2 adalah amat menepati komposisi kaum di negara ini.


"Hakikatnya bahawa landskap politik dan latar belakang Malaysia adalah terdiri daripada keunikan kepelbagaian kaum, budaya dan agama.


"Sudah tentu apabila kita tadbir dan urus dengan cara sentimen perkauman atau agama yang sempit ianya sangat tidak sesuai serta sangat-sangat tidak selari dengan suasana yang diperlukan bagi Malaysia,” kata Syed Ibrahim dipetik.


Mengulas mengenai keutuhan Kerajaan Perpaduan, Syed Ibrahim menjangkakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih kukuh kerana parti parti di dalamnya telah pun biasa berkerjasama.


Beliau mengambil contoh Memorandum Kerjasama (MoU) Kerajaaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 2021 - 2022 lalu yang berjaya mewujudkan kestabilan dalam politik selama lebih setahun.


Katanya parti-parti yang teribat dalam MoU itu, antaranya BN, GPS dan GRS adalah parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan waktu ini.


"Saya rasa apabila kita lihat suasana itu dalam keadaan seperti kemelut kesihatan dan krisis politik (pada 2021), jalan keluarnya adalah laksanakan MoU tersebut dan sekarang saya rasa MoU ini sudah menjadi perkara rasmi dalam bentuk Kerajaan Perpaduan.


"Jadi ada suasana yang begitu bermakna, ada satu komitmen dan ikatan untuk berpegang kepada prinsip supaya ada kestabilan dan kemajuan daripada segi pembangunan ekonomi (dalam pentadbiran PM 10),” katanya lagi.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page