top of page

Kerajaan perlu tenaga mahir, anak muda perlu ambil peluang latihan TVET



Latihan TVET atau kemahiran teknikal industri menjanjikan masa hadapan yang cerah kepada anak muda Malaysia.


Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, anak muda dari keluarga berpendapatan rendah terutamanya harus meneroka peluang latihan TVET bagi merobah kehidupan mereka pada masa akan datang dengan memperolehi tawaran pekerjaan berpendapatan tinggi.


"Saya secara peribadi beritahu untuk golongan berpendapatan rendah, sekarang Kerajaan Madani peruntukkan RM6.8 bilion kepada kementerian tertentu untuk laksanakan program TVET.


"Program ini dilaksanakan percuma (latihan). Apa yang mereka (peserta perlu) bayar setahun tak sampai RM1,200. Itu pun ada yang datang ke pejabat Pusat Khidmat DUN Sentosa (untuk dapat bantuan). Kita bantu. Tetapi pastikan pendidikan tenaga mahir sampai untuk anak anak kita.


"Kerajaan sekarang perlukan tenaga mahir. Jadi tak perlu kita bergantung kepada warga asing. Ini satu agenda kerajaan yang cukup baik, semua kena mainkan peranan untuk pastikan agenda ini berjaya," katanya kepada pemberita usai majlis perasmian Ekspo Pendidikan TVET dan Kerjaya Beruniform di Petaling Jaya pagi tadi.


Dr Gunaraj yang merupakan antara pihak yang menjayakan ekspo berkenaan turut mengucapkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang memberi sokongan padu untuk menjayakan program dua hari berkenaan.


Katanya, beliau teruja dengan 30 sekolah dari seluruh Selangor yang menghantar berbas bas pelajar untuk mengikuti ekspo berkenaan. Juga NGO yang menghantar anak muda bagi membuka minda mereka dalam peri pentingnya latihan TVET.


"Kehadiran pagi ini lebih 1,200. Untuk dua hari kita jangka lebih 3,000 orang anak muda hadir.


"Saya ucap terima kasih kepada NGO yang hantar pemuda untuk dapat pendedahan pentingnya TVET membentuk tenaga mahir ini," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page