Kerajaan perlu sediakan subsidi upah RM300, bukan paksa majikan laksana gaji minima RM1,500



Langkah pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan gaji minina dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 di Perhimpunan Agung Umno baru baru ini merupakan langkah populis semata mata.


Pengarah Biro Ekonomi Pemuda AMANAH Nasional, Ammar Atan (gambar, kanan) berkata, langkah itu amat tidak bertanggungjawab kepada majikan Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) yang kebanyakannya dimiliki oleh Bumiputera.


Katanya, perusahaan PMKS tersebut baharu sahaja keluar dari pandemik Covid 19 dan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk manampung peningkatan kenaikan kos gaji sebanyak 25%.


"Semua industri yang mengalami kerugian pada waktu pandemik dipaksa menaikkan gaji pada 1 Mei lalu. Tindakan ini pastinya menyukarkan perusahaan mikro yang dimiliki kebanyakannya Bumiputera," katanya daam sidang media semalam.


Menurut Ammar lagi, kerajaan seharusnya memberikan tempoh persediaan sekurang kurangnya setahun kepada PMKS untuk menyediakan kewangan secukupnya bagi menangani kos gaji.


Sehubungan itu, Pemuda Amanah mencadangkan 3 solusi untuk diambil kerajan


"Pertama hanya majikan sektor swasta di sektor tertentu diperintah membayar gaji minima RM1,500. Antaranya syarikat perbankan, pembuatan sarung tangan getah, teknologi dan sebagainya.


"Sektor lain gaji minima kekal pada RM1200. Ketiga, saya usul agar kerajaan memberi tambahan upah RM300 kepada pekerja ini dalam bentuk suntikan tunai


"Kerajaan disaran agar menampung pertambahan upah 12 bulan sehingga pertengahan tahun 2023 bagi memberi masa persediaan kepada sektor mikro untuk bersedia mambayar paras gaji minima baharu," katanya lagi.


Menurut Ammar, sekiranya 730,000 pekerja PMKS bergaji di bawah RM1,500 dan suntikan tunai diberi sebanyak RM300 sebulan, kos yang ditanggung kerajaan adalah RM219 juta atau dalam 12 bulan sebanyak RM2.6 bilion.


Walaupun jumlah itu besar, katanya tetapi manfaat kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna dan mengaktifkan sektor peruncitan negara adaah jauh lebih besar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER