top of page

Kerajaan perlu perkenal bantuan ringankan kos sara hidup mahasiswa



Kerajaan digesa memperkenalkan program bantuan atau pelan khusus bagi meringankan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa di tengah tengah krisis harga barang yang memuncak ketika ini.


Pengerusi Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak berkata, permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa terkait kos sara hidup agak membimbangkan dan menjejaskan mereka dari segi membiayai yuran pengajian, rumah sewa kediaman dan pengangkutan di kampus, terutama dalam kalangan mahasiswa daripada keluarga B40.


Oleh itu, katanya, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pengurusan universiti seharusnya memikirkan pelan tertentu bagi meredakan kesensaraan mahasiswa.


"Kerajaan pada pandangan Biro Mahasiswa AMK boleh memperkenalkan baucar makanan dan barangan runcit kepada mahasiswa berkeperluan atau dari keluarga pendapatan isi rumah B40


"Atau memberikan subsidi kepada pemilik kedai runcit dan gerai makan di kampus bagi mengelakkan sebarang kenaikan harga keperluan asas dan makanan yang melampau


"Kerajaan juga dalam hal ini boleh meluaskan akses inisiatif bank makanan di kampus, termasuk mengakas kerenah birokrasi terhadap permohonan dan memperbanyak pelantar inisiatif tersebut di kampus," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut Haziq, Biro Mahasiswa juga berpendapat kerajaan boleh menyelesaikan beberapa permasalahan sistematik yang berkait kos sara hidup bagi melegakan tekanan kewangan mahasiswa di kampus.


"Iaitu dengan mempercepat pemulangan yuran pengajian sebanyak 20% seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi. Tambahan pula berdasarkan satu tinjauan oleh Biro Mahasiswa AMK di sebelas buah universiti awam, masih terdapat sebilangan universiti yang belum melaksanakan pemulangan yuran


"Memperkenalkan ‘blueprint’ pengangkutan mahasiswa di kampus dengan kolaborasi semua pihak termasuk Pusat Tanggungjawab aset pengangkutan awam universiti, bas perkhidmatan oleh PBT dan kerajaan negeri bagi menyusun semula laluan dan kekerapan bas supaya menepati keperluan mahasiswa terbanyak," katanya.


Kerajaan juga, tambah Haziq, boleh meneroka pengecualian cukai pintu PBT untuk pemilik rumah sewa yang memberi sewa kepada mahasiswa bagi membenarkan pemilik mengurangkan yuran sewaan.


Biro Mahasiswa AMK Malaysia, katanya, akan terus melaksanakan sesi dialog dan tinjauan terhadap mahasiswa dan gerakan mahasiswa pelbagai latar belakang bagi terus mengarusperdanakan isu kenaikan kos sara hidup mahasiswa yang membimbangkan, tatkala kenaikan harga barang keperluan asas berlaku dengan rancak di sana sini.



"

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page