top of page

Kerajaan perlu komited siapkan rumah PR1MA

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Oct 7, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berharap kerajaan dapat menyiapkan segera pembinaan projek perumahan PR1MA.


Beliau berkata, perkara itu dibangkitkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Parlimen susulan lawatannya ke beberapa buah tapak projek seperti di Port Dickson, Melaka Tengah 2 dan Tebrau.


"Projek itu mengalami kelewatan berkali-kali sehingga membebankan para pembeli yang sudah membuat pembayaran bulanan.


"Saya berharap kerajaan dapat memenuhi komitmen untuk menyiapkan rumah PR1MA dan pada masa memastikan kualiti rumah-rumah tersebut adalah dalam keadaan yang terbaik.


"InsyaAllah saya akan mengikuti perkembangan projek PR1MA khususnya yang bermasalah secara dekat dari semasa ke semasa," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page